Kehidupan awal Yusof_Hashim

Zaman kanak-kanak dan remaja (1993-2010)

Yusof yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik ialah hasil pernikahan Hashim bin Yusoff (pesara Tentera Darat) bersama Noraisyah Binti Mohd Ramli usahawan perniagaan katering. Yusof dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tanggal 8 Julai 1993 dan dibesarkan oleh ibu tiri beliau Allahyarhamah Hajjah Enon Binti Kaya dari umur 1 hingga 7 tahun. Semenjak kecil, Yusof gemar menarikan lagu-lagu yang dimainkan oleh bapanya menerusi kaset dan sering menjadi tumpuan keluarga dan orang ramai. Antara lagu yang pernah menjadi kegemaran dan sering dinyanyikan oleh Yusof ialah Awas daripada KRU dan juga Senggol-senggolan, Cubit-cubitan daripada Mas Idayu. Bapa beliau mula menyedari bakat yang dimiliki oleh Yusof apabila beliau sering memenangi pertandingan nyanyian patriotik, deklamasi sajak dan penglibatan yang aktif dalam persembahan tarian dalam pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Delima, Jalan Ipoh pada tahun 2000-2006. Oleh kerana mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang seni tari, Yusof pernah mengikuti kursus Tarian tradisional dan penah menjadi artis budaya remaja di bawah naungan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian pada tahun 2007-2009.